My LiFe ChAnGiNg EvEnTs!

By: kuchai latiff

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Wednesday, 20-Apr-2005 00:00 Email | Share | Bookmark
Anuar Zain Secretaries Week Xtravaganza

 
 
 
 
 
 


hahahahhaha jangan jeles ekkk! mang la untung jadik secretaries nih! nak2 plak dpt free tix to the luncheon.

it so happen we manage to get 2 tix for anuar zain secretaries week n this is the first time we get to enjoy chinese course set lunch! sodappp i tell u! much better then the western itik taun lepash!

neway he is just superb & telah menyewelkan not just the ladies but all the kakak2 & makcik2. hahahahha tidak terkecuali yous faithfully yg sentiasa ober nih la!



2 thumbs up to anuar zain & team! luv to c u again next year!


Quote:
Aksi Anuar ‘menggoda’ setiausaha
Oleh Suzan Ahmad



ENTAH mengapa langkah artis yang merangkul anugerah Artis Lelaki Paling Popular Anugerah Planet Muzik (APM), Anuar Zain seakan longlai. Malah nada suaranya juga seolah kurang bersemangat pada hari itu.

Kenapa Anuar? Kurang sihat atau mungkin letih hari pertama 19 April lalu ketika membuat persembahan Minggu Setiausaha di JW Marriot Kuala Lumpur masih membelenggu.

Begitulah khabarnya, selain dimeriahkan dengan kehadiran Artis Paling Popular Anugerah Bintang Popular 2004 Siti Nurhaliza, dengarnya anak Pak Zain ini teruk dikeroyok kalangan setiausaha, pembantu peribadi dan majikan yang turut hadir.

Apapun, hari kedua pada 20 April lalu, nampaknya lebih terkawal. Awal-awal lagi pengacara majlis yang jelita dan begitu keletah, Paula Malai Ali menyampaikan pesanan penaja supaya hadirin menjaga tatasusila kewanitaan dengan tidak menyerbu atau naik ke pentas sesuka hati untuk merakam kenangan sambil bergambar dengannya.

Tapi sebaik Anuar melangkah masuk ke dewan sambil membawakan lagu Sang Siara, semua pesanan bagai lenyap di angin lalu, masuk telinga kanan keluar telinga kiri.

Hadirin yang mulanya begitu sopan mula naik bersemangat dan bagaikan ‘lupa diri’. Berebut-rebut untuk mengambil gambar. Ada yang sanggup menyelinap di celah-celah meja untuk melepaskan diri. Cuma kali ini sudah bersedia dua abang bodyguard untuk mengawal keadaan. Rasanya sebab itu jugalah, pentas di Mayang Sari Grand Ballroom hotel itu dibina begitu tinggi.

Kalau Siti hadir pada hari pertama, persembahan hari berikutnya dihadiri pula teman baik Anuar Zain, siapa lagi kalau bukan Dayang Nurfaizah dan orang kuatnya. Diiringi pemuzik profesional seperti Mac Chew, Jenny Chin, Jamil, Jamie Wilson dan lain-lain, Anuar tampil segak mengenakan vest putih sedondon seluar yang dipadankan boh tie kelabu. Dia nampak begitu manis dan kacak di pentas terutama tatkala lampu limpah menyuluh tepat ke arah susuknya di pentas.

Majlis yang dinamakan Semua Untukmu itu memperlihatkan Anuar Zain membawakan rangkaian lagu-lagu popular dari album terdahulu seperti Permataku, Bila Resah, Rindu Belaian, Keabadian Cinta, Semua Untukmu, Mungkin dan banyak lagi. Dia tidak ketinggalan membawa khalayak kembali ke lorong memori dengan dendangan lagu seperti Moon Dance, Swaye dan lagu yang soulfull, If I Ain’t Got You (Alicia Keys).

Namun, sepanjang persembahan berlangsung, dia tidak sudah-sudah meminta maaf kepada hadirin kerana tidak dapat bergerak dari satu meja ke satu meja atas sebab keselamatan.

Begitupun, Anuar tetap memberanikan diri untuk berlegar-legar di meja depan sambil beramah mesra dengan peminat. Lebih melucukan, kalau biasanya peminat susah hendak naik ke pentas dan menari bersama artis, kali ini tak perlu cari kerana hampir 30 orang ‘serah diri’ untuk menari bersama Anuar tatkala membawakan lagu Swaye.

Memang hebat penangan penyanyi lelaki dengan vokal mapan ini. Adakah ini bermaksud tahun depan JW Marriot Kuala Lumpur kena tempah Anuar awal-awal lagi?



View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net